Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ustaz Mohamed dilantik anggota Jawatankuasa Masyarakat dan Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu

Aug 16, 2023 | 9:30 PM
ANGGOTA BARU: Ustaz Dr Mohamed Ali kini salah seorang anggota Jawatankuasa Masyarakat dan Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu
ANGGOTA BARU: Ustaz Dr Mohamed Ali kini salah seorang anggota Jawatankuasa Masyarakat dan Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu - Foto fail

Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) Ustaz Dr Mohamed Ali telah dilantik selaku anggota Jawatankuasa Masyarakat dan Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu pada 15 Ogos, menggantikan mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Mohammad Alami Musa, yang meletak jawatan.

Peletakan jawatan Encik Mohammad Alami itu telah diserahkan kepada pengerusi Jawatankuasa Masyarakat, menurut satu kenyataan bersama Jabatan Pilihan Raya (ELD) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu.

Selain Ustaz Dr Mohamed Ali, anggota lain Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu adalah Presiden Muis, Encik Sa’at Abdul Rahman, yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut; mantan Ketua Kumpulan Akademik Bahasa & Budaya Asia di Institut Pendidikan Nasional (NIE)/Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Hadijah Rahmat; mantan presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad; dan pengamat politik, Encik Zulkifli Baharudin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg