PEMERINTAH telah mengusulkan perubahan terhadap undang-undang untuk meliputi lebih banyak tapak yang dianggap sebagai monumen dan melindungi monumen sedia ada dengan lebih baik.
Jika Rang Undang-Undang Pemuliharaan Monumen (Pindaan) yang diperkenalkan semalam diluluskan, ia akan memudahkan pewartaan tapak seperti Padang - yang tidak menempatkan struktur sejarah - sebagai monumen negara.
Rang ini juga bertujuan untuk memperluas kuasa Lembaga Warisan Nasional (NHB) untuk memastikan bahawa monumen nasional dilindungi daripada kerja tidak diluluskan yang boleh mempengaruhi ciri-ciri dan kepentingannya.
Antara perubahan yang dicadangkan ialah meluaskan definisi "monumen" dalam Akta Pemuliharaan Monumen (PMA), kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg