PERKHIDMATAN kehakiman dan guaman akan dipisahkan untuk membolehkan pengkhususan, jika perubahan struktur yang diusulkan kepada perkhidmatan guaman di Singapura diluluskan di Parlimen.
Pemerintah telah mengusulkan untuk mewujudkan Perkhidmatan Kehakiman berasingan, yang akan diselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman (JSC) yang baru dan dipimpin oleh Ketua Hakim.
Perubahan juga telah diusulkan untuk Perkhidmatan Guaman, yang akan diawasi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Guaman (LSC) yang dibentuk semula dan dipimpin oleh Peguam Negara.
Perubahan itu diusulkan dalam Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kehakiman (Pelbagai Pindaan) yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg