“
VAKSINASI Covid-19 akan dimulakan pada Rabu (30 Dis), dengan pekerja penjagaan kesihatan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) kumpulan pertama untuk menerimanya.“
Ini setelah pemerintah menerima sepenuhnya saranan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 tentang strategi vaksinasi Covid-19 di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Ahad (27 Dis).Jawatankuasa itu telah menyerahkan saranan, termasuk tentang penggunaan Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, kepada pemerintah pada Rabu (24 Dis).
Antara lain, jawatankuasa itu menyarankan agar vaksinasi diutamakan bagi mereka yang berisiko dijangkiti Covid-19 seperti pekerja penjagaan kesihatan, serta mereka yang paling terdedah kepada komplikasi dan penyakit teruk sekiranya dijangkiti Covid-19 seperti warga emas.
Menurut MOH, vaksinasi akan diberi kepada kakitangan institusi penjagaan kesihatan awam dan hospital swasta, dan kemudian kepada warga emas, bermula dengan yang berusia 70 tahun dan ke atas, mulai Februari.
Ini akan diikuti vaksinasi untuk warga Singapura lain dan penduduk jangka panjang.
Vaksin itu akan diberikan secara percuma.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg