Topik diikuti
Pergi ke BHkuVaksin Nuvaxovid boleh didapatkan bermula 18 Mei
Vaksin Nuvaxovid boleh didapatkan bermula 18 Mei
Vaksin Nuvaxovid boleh didapatkan bermula 18 Mei
BERMULA hari ini, individu berusia 18 tahun ke atas yang boleh menerima vaksinasi Covid-19 termasuk suntikan penggalak boleh membuat janji temu mendapatkan vaksin Nuvaxovid Covid-19 oleh Novavax.
Mereka boleh mendapatkan suntikan tersebut di Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) Bishan di bekas tapak Sekolah Menengah Bishan Park, atau mana-mana 20 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian.
PHPC akan menawarkan vaksin Nuvaxovid bermula 18 Mei 2022 sementara JTVC Bishan akan menawarkannya bermula 24 Mei 2022, umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (13 Mei).
Mereka yang berminat mendapatkan vaksin tersebut boleh mendaftar di vaccine.gov.sg.
MOH berkata, SMS dengan pautan tempahan peribadi akan dihantar kepada nombor telefon berdaftar bagi individu membuat janji temu di Sistem Janji Temu Nasional.
Mereka yang mempunyai SMS sedia ada boleh menggunakan pautan yang diberikan dalam SMS tersebut untuk membuat janji temu vaksinasi Nuvaxovid mereka.
"Seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19, individu berumur 18 tahun ke atas boleh menerima vaksin Nuvaxovid untuk siri utama atau vaksin penggalak mereka, walaupun vaksin mRNA kekal sebagai vaksin pilihan kerana keberkesanannya yang lebih tinggi dan tindak balas imun yang lebih kuat yang dihasilkan.
"Mereka yang tidak layak secara perubatan untuk menerima vaksin mRNA harus mempertimbangkan Nuvaxovid," kata MOH.
