Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vaksin pencetus harapan warga emas

Feb 22, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh NURUL AIN RAZALI
- Foto BH oleh NURUL AIN RAZALI -

CIK Gatimah Belawi (kiri), 73 tahun, menerima surat undangan mendapatkan vaksin menentang Covid-19 kelmarin.

Janji temu pemvaksinannya kemudian dijadualkan berlangsung di Kelab Masyarakat (CC) Canberra, Sembawang Crescent, Sabtu ini.

Beliau bersama anak yang juga penjaganya, Cik Rohana Rokani (kanan), 52 tahun, menyambut baik tawaran pihak pemerintah itu.

Hal ini disebabkan Cik Gatimah menghadapi penyakit demensia. Sebagai penghidap, beliau sentiasa memerlukan rangsangan minda.

Doktor telah menasihatkan Cik Rohana membawa ibunya jalan-jalan sambil berbual tentang keadaan sekeliling.

Namun, pergerakan mereka terhad akibat pandemik ini.

"Saya kini mempersiap ibu mendapatkan vaksin dengan menjelaskan kesan sampingan yang mungkin timbul. Apa pun, saya lega pemerintah berusaha memvaksinkan warga," ujar Cik Rohana ketika ditemui akhbar ini semalam.

Ibunya itu sebahagian daripada kelompok warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang dipelawa menjalani pemvaksinan mulai hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg