Vaksinasi meluas 'suntikan' penting dalam usaha SG kekang penularan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vaksinasi meluas 'suntikan' penting dalam usaha SG kekang penularan

Pakar: Vaksinasi kritikal bagi kurangkan peluang mutasi virus Covid-19 lebih lanjut
Jun 2, 2021 | 5:30 AM

Vaksinasi meluas 'suntikan' penting dalam usaha SG kekang penularan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
62f2610a-97b4-4de4-9c2b-645a3851285e
-

MEMPERLUAS usaha vaksinasi negara untuk membolehkan lebih ramai orang termasuk pelajar mendapatkan vaksinasi Covid-19 mereka akan memperkukuh kebolehan Singapura mengekang penularan jangkitan koronavirus itu di sini.

Bermula semalam, para pelajar berusia 12 tahun ke atas sudah boleh mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin mereka seawal esok.

Golongan dewasa muda berusia 39 tahun ke bawah juga akan berpeluang mendapat undangan bagi vaksinasi mereka mulai pertengahan bulan ini, sedang Singapura memperluas dan mempercepatkan program vaksinasi dalam memerangi Covid-19.

Pakar kesihatan awam, Dr Noorul Fatha As'art memberitahu Berita Harian (BH), vaksinasi mampu mengubah keadaan kerana data menunjukkan orang yang divaksinasi dan dijangkiti Covid-19 mempunyai bentuk jangkitan yang tidak terlalu teruk dan mengurangkan keperluan pada oksigen tambahan jika berada dalam hospital.

"Jadi, mereka yang masih belum divaksinasi patut mendaftar apabila tiba waktunya. Jika suntikan booster diperlukan, kita mesti juga mendapatkan suntikan booster kita nanti," ujarnya.

Menjelaskan bagaimana memvaksinasi lebih ramai orang dapat mencegah varian-varian baru koronavirus daripada muncul, Ketua Eksekutif Konsortium Penyelidikan dan Inovasi Klinikal, Singapura (Cris), Dr Danny Soon, berkata:

"Apa yang berlaku dalam pemvaksinan pada skala besar ialah ia mengurangkan peluang (bagi virus menular).

"Jika virus tidak dapat menular dengan mudah, ia tidak mudah berakar, dan tidak mudah merebak," ujar beliau.

Dr Soon, yang juga ahli Jawatankuasa Pakar Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai Vaksinasi Covid-19, menambah:

"Jadi semua pengurangan pendedahan ini dari segi jumlah orang (yang dijangkit), dari segi penularan, dari segi jangka masa jangkitan, semua ini akan mengurangkan peluang terjadinya mutasi.

"Vaksinasi amat kritikal dalam menghapuskan peluang berlakunya mutasi lebih lanjut."

Sementara itu, Profesor Lisa Ng, pengarah eksekutif Makmal Penyakit Berjangkit Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), juga menjelaskan pentingnya seseorang mendapatkan vaksinasi bagi mencegah jangkitan Covid-19.

"Biasanya vaksin akan meniru virus...jadi apabila seseorang diberi vaksin, tindak balas imun badan akan dipicu untuk bertindak balas seperti seolah-olah ia terdedah kepada virus sebenar dan ini akan menghasilkan antibodi pelindung.

"Jadi, bagi mereka yang sudah divaksin, mereka akan mempunyai antibodi pelindung ini untuk menyekat virus sebenar seandainya mereka terdedah kepadanya.

"Bagi mereka yang belum diberi vaksin, jelas tindak balas imun tidak akan dipicu dan kemudian mereka tidak akan mempunyai mekanisme pelindung ini ketika terkena virus yang sebenar," ulas Profesor Ng.

Beliau menyamakan ini dengan tentera yang didedahkan dan dilatih bagi situasi perang, agar jika berlaku pertempuran yang sebenar, mereka sudah bersedia melawan.

Dr Soon dan Dr Ng berkongsi pandangan mereka itu dalam satu perbincangan dalam talian anjuran akhbar The Straits Times.

Selain vaksinasi, Singapura juga perlu menyesuaikan strategi mengawal Covid-19 - termasuk mempergiat ujian dan penjejakan kontak, seperti yang dijelaskan Perdana Menteri Lee Hsien Loong kelmarin.

Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Teo Yik Ying, pula berkata dalam jangka pendek sebelum semua orang dapat diberikan vaksin, langkah-langkah diperketat adalah suatu yang harus dilakukan agar kita dapat kembali mengadakan perhimpunan besar-besaran.

"...jika pengambilan vaksin kita dapat mencapai tahap yang cukup tinggi, maka beberapa syarat tersebut dapat ditarik balik terutama jika hal yang sama terjadi di seluruh dunia juga."

Merumuskan, Dr Noorul menekankan, langkah-langkah yang diambil pemerintah kini serta langkah-langkah tambahan yang dikongsi baru-baru ini seperti meningkatkan ujian Covid-19 memberi gambaran yang baik tentang apa yang mungkin perlu dilakukan pada masa hadapan.

"Melakukan ujian (Covid-19) sendiri sebelum kerja atau ujian sebelum acara berskala besar mungkin menjadi norma untuk mencegah wabak berskala besar di tempat kerja atau dalam masyarakat," ujar beliau.

Laporan lain:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg