SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Video rakam wanita lintas sembarangan dilanggar kereta di Punggol Way

Video rakam wanita lintas sembarangan dilanggar kereta di Punggol Way

Aug 5, 2016 | 11:52 AM

Video rakam wanita lintas sembarangan dilanggar kereta di Punggol Way

Wanita yang menyeberang tanpa melihat kenderaan dari arah kanan beliau ini dilanggar sebuah kereta di Punggol Way pada Rabu (3 Ogos).
Wanita yang menyeberang tanpa melihat kenderaan dari arah kanan beliau ini dilanggar sebuah kereta di Punggol Way pada Rabu (3 Ogos). - GAMBAR FACEBOOK

SEORANG pejalan kaki yang menyeberang sembarangan cedera selepas sebuah kereta melanggar beliau di Punggol Way pada Rabu (3 Ogos).

Sebuah video yang disiarkan oleh pengguna Facebook Andrew Ng menunjukkan wanita itu dilanggar sebuah kereta ketika beliau melintas di lorong pertama.

Dalam video itu, wanita tersebut dilihat menyeberang tanpa terlebih dahulu memeriksa kenderaan dari kanan beliau. Beliau jatuh kira-kira satu meter dari kereta yang melanggarnya.

Pemandu kereta itu serta pengguna lain jalan raya dilihat memberi bantuan kepada wanita itu.

Polis berkata ia menerima panggilan pada 6.37 petang Rabu mengenai satu kemalangan di Punggol Way arah ke Seletar Utara Link.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka mengerahkan sebuah ambulans ke tempat kejadian di mana seorang wanita berusia 60 tahun ditemui.

Beliau berada dalam keadaan sedar dan dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat.

Pengguna Facebook yang mengulas mengenai video itu mengkritik wanita tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan leka kerana tidak memeriksa keadaan lalulintas dengan betul.

Polis sedang menyiasat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg