VIDEO masakan Melayu versi sihat terbitan Berita Harian 'panas' di dalam talian, menyusuli gesaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada warga Singapura agar mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit kencing manis.

Sejak diterbitkan kelmarin, tiga video yang menampilkan resipi versi sihat masakan Melayu itu secara keseluruhannya sudah mendekati hampir 31,000 pengguna Facebook, ditonton lebih 12,000 kali dan dikongsi lebih 100 kali dalam masa sehari sehingga semalam.