Video Shuib pujuk anak-anak Siti Sarah undang sebak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Video Shuib pujuk anak-anak Siti Sarah undang sebak

Aug 10, 2021 | 8:14 PM

Video Shuib pujuk anak-anak Siti Sarah undang sebak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Shuib (tengah) memujuk anak-anaknya selepas mereka tidak dapat menahan sebak mengenangkan pemergian ibu tercinta, Siti Sarah.
Shuib (tengah) memujuk anak-anaknya selepas mereka tidak dapat menahan sebak mengenangkan pemergian ibu tercinta, Siti Sarah. - INSTAGRAM / SHUIB

KUALA LUMPUR: "Jangan sedih-sedih daddy ada. Selagi hidup, daddy akan pastikan anak-anak daddy jadi insan hebat, soleh dan solehah." Demikian kata pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu kepada anak-anaknya selepas mereka dilihat menangis mengenangkan pemergian ibu tercinta, Siti Sarah Raissuddin pada Isnin, lapor Astro Awani pada Selasa (10 Ogos). Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37 tahun, dalam satu kiriman InstaStory malam Isnin juga dilihat cuba memujuk dan menenangkan dua anaknya Uwais Alqarni, 10 tahun, dan Dzahira Talita Zahra, 8 tahun. Menerusi video yang dikongsi, Uwais yang juga anak sulung kepada pasangan itu, kelihatan berkali-kali mengesat air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. "Daddy kalau rindu ibu, daddy tengok Uwais saja," ujar pengasas jenama minuman Bubble Bee itu. Sementara itu dalam satu lagi video, anak kedua Shuib kedengaran berkata: "Memang dia (Siti Sarah) ada di rumah ini tetapi kita tak nampak. Dekta (panggilan manja Talita) rindu dia." Pada Isnin, Astro Awani melaporkan Shuib masih belum berkongsi berita sedih itu kepada anak-anaknya, dan akan berbuat demikian sebaik selesai urusan pengebumian Siti Sarah. Selain Uwais dan Talita, Shuib dan Allahyarhamha Siti Sarah turut dikurniakan dua orang lagi cahaya mata iaitu Ariq Matin, 6 tahun, dan Ayash Affan. Allahyarhamha Siti Sarah, 36 tahun, meninggal dunia pada 5.13 pagi Isnin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan Covid-19. Allahyarhamha dikejarkan ke hospital tersebut sejak Rabu selepas tahap oksigen dalam tubuhnya turun dan terpaksa ditidurkan untuk melahirkan anak keempatnya, Ayash melalui pembedahan pada Jumaat lalu. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan sekitar pukul 1.38 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada Isnin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg