Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Video wanita bakar mata anak anjing dengan rokok: SPCA rayu diberi maklumat

Sep 6, 2019 | 9:07 PM
-

Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA) telah merayu kepada para pengguna internet, melalui akaun Facebook mereka, untuk mendapatkan maklumat mengenai video seorang wanita, yang telah membakar mata anak anjing dengan rokok dan mematahkan kakinya.

SPCA telah menerbitkan kenyataan ini di laman Facebook mereka pada 1.08 petang pada hari Jumaat (30 Ogos) untuk mendapatkan maklumat tentang kes kekejaman ini.

Namun, SPCA berkata: "Terdapat tanda-tanda bahawa insiden itu mungkin tidak berlaku di Singapura tetapi kami sedang menyiasat semua kemungkinan dan kami memerlukan maklumat yang boleh dipercayai dengan segera, supaya kami dapat mencapai keadilan untuk anak anjing itu.

Kenyataan itu telah memperolehi lebih daripada 3,100 reaksi dan dikongsi lebih daripada 3,700 kali.

"Sekiranya anda mengetahui identiti dan keberadaan wanita itu, sila beri maklumat kepada agensi yang berkenaan di negara anda. Atau, anda boleh menghubungi kami di inspector@spca.org.sg dan kami akan menyampaikan mesej anda dengan yakin.

Tambahan pula, SPCA memberi amaran; "Tolong jangan menyebarkan video itu. Ada sindiket yang mendapat keuntungan dari filem penyeksaan haiwan, termasuk beberapa yang dihasilkan untuk fetish seksual."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg