SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Vietnam juara AFF Suzuki

Vietnam juara AFF Suzuki

Dec 15, 2018 | 11:31 PM

Vietnam juara AFF Suzuki

Pasukan Vietnam rai kemenangan. Foto: AFP
Pasukan Vietnam rai kemenangan. Foto: AFP -

BUAT kali kedua dalam sejarah mereka, Vietnam dinobatkan juara Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Malaysia 1-0 sekali gus meraih keputusan agregat 3-2.

Di hadapan sekitar 40,000 penyokong sendiri di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam menjaringkan gol tunggal mereka menerusi penyerang veteran, Anh Duc Nguyen, enam minit selepas perlawanan dimulakan.

Gol tersebut meletakkan mereka di kedudukan selesa selepas kededua pasukan terikat 2-2 di Stadium Bukit Jalil pada Selasa lalu (11 Disember).

Suasana di stadium negara Vietnam bertukar menjadi pesta sebaik pengadil meniup wisel penamat dengan sorakkan penyokong mereka menggegarkan stadium.

Kali terakhir Vietnam muncul juara ialah pada 2008 selepas menewaskan Thailand juga dengan keputusan agregat 3-2.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg