Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Virus korona novel: 15 orang dilarang masuk Singapura ekoran sekatan perjalanan baru

Feb 2, 2020 | 7:52 PM
Singapura telah mengumumkan langkah lebih ketat untuk menyekat penularan Covid-19 di sini.
Singapura telah mengumumkan langkah lebih ketat untuk menyekat penularan Covid-19 di sini. - Desmond Foo

SERAMAI 15 pengunjung telah dilarang masuk ke Singapura dalam masa 13 jam larangan perjalanan berkuat kuasa bagi mereka yang ada sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.

Larangan itu berkuat kuasa pada 11.59 malam Sabtu, dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata 15 orang dilarang masuk sehingga 1 tengah hari tadi.

"Mereka terdiri daripada seorang warga Sepanyol, seorang warga Britain, seorang rakyat Malaysia, dua warga Amerika Syarikat, lima rakyat China dan lima pemegang pasport India dan dilarang masuk sama ada kerana sejarah perjalanan ke China dalam masa 14 hari atau penggantungan visa mereka," kata ICA.

Pemerintah mengumumkan pada Jumaat lalu bahawa semua pelawat tiba dari China, yang berada di sana dalam masa 14 hari lalu, akan dilarang memasuki atau singgah di Singapura, sedang negara ini meningkatkan usaha mengawal penularan virus korona.

Larangan itu tidak dikenakan ke atas rakyat China yang sudah berada di Singapura. Bagi warga China yang mahu melanjutkan pas lawatan sosial mereka, permohonan akan dinilai berdasarkan garis panduan yang ada, tambah ICA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg