Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian adakan lawatan rasmi ke Beijing

Feb 19, 2023 | 5:30 AM
Cik Qasrina Rahman
Cik Qasrina Rahman - Foto BM KHALID BABA

MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan membuat lawatan rasmi selama tiga hari ke Beijing, China dari 19 hingga 21 Februari.

Lawatan beliau itu dilakukan atas undangan rakan sejawatnya dari China, Encik Qin Gang, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Sabtu.

Semasa lawatannya itu, Dr Balakrishnan akan bertemu dengan Encik Qin dan Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (CPC), Encik Liu Jianchao.

Beliau juga dijadual bertemu dengan anggota Biro Politik CPC dan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Beijing CPC, Encik Yin Li.

Selain itu, beliau akan berjumpa dengan pelajar dan perniagaan Singapura di Beijing.

Beliau diiringi Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, dan pegawai MFA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg