MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menghadiri mesyuarat khas Menteri Luar Asean (SAFMM) di Jakarta, Indonesia hari ini.
Para menteri yang menghadiri mesyuarat SAFMM itu akan membuat penilaian mengenai kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara yang telah dicapai dalam Mesyuarat Pemimpin Asean yang telah berlangsung pada 24 April tahun lalu di Jakarta.
Mesyuarat SAFMM itu juga akan membincangkan langkah-langkah seterusnya sebagai tindak balas kepada situasi di Myanmar.
Mesyuarat itu diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 yang akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja pada 11 November tahun ini.
Konsensus lima perkara yang telah yang dipersetujui pada April tahun lalu itu ialah menamatkan segera keganasan di negara itu; dialog antara semua pihak berkepentingan; pelantikan utusan khas Asean untuk memudahkan pengantaraan; pemberian bantuan kemanusiaan Asean; dan lawatan utusan khas ke Myanmar untuk bertemu semua pihak.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg