Premium
Vivian: Hubungan S'pura-Amerika kukuh, stabil
Lawatan Naib Presiden Kamala Harris ke Asia Tenggara amat dialu-alukan
Aug 23, 2021 | 5:30 AM
LAWATAN PERTAMA KE ASIA: Naib Presiden Amerika, Cik Kamala Harris, akan berada di Singapura sehingga petang esok. Hari ini, beliau akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. - Foto BH LIM YAOHUI -
HUBUNGAN antara Singapura dengan Amerika Syarikat selalu "berjalan lancar", kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menjelang lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, ke Asia Tenggara .
Cik Harris tiba di Singapura pagi semalam dan akan berada di sini sehingga esok sebelum berangkat ke Vietnam. Ini merupakan lawatan rasminya yang pertama ke Asia.

