Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian lawat Bangladesh

Nov 3, 2018 | 1:34 PM
ERATKAN HUBUNGAN DUA NEGARA: Dr Balakrishnan bersama Menteri Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan Lindiwe Nonceba Sisulu.
ERATKAN HUBUNGAN DUA NEGARA: Dr Balakrishnan bersama Menteri Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan Lindiwe Nonceba Sisulu. - Foto MFA

MENTERI Ehwal Luar Vivian Balakrishnan kini berada di Bangladesh bagi satu lawatan dua hari, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) menerusi satu kenyataan hari ini (3 November).

Dr Balakrishnan akan bertemu dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina serta Menteri Ehwal Luar Bangladesh Mahmood Ali.

Beliau juga akan berkunjung ke Cox's Bazar esok, kata MFA.

Sebelum ke Bangladesh, Dr Balakrishnan berada di Afrika Selatan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri Persatuan Lingkungan Lautan Hindi (IORA) yang ke-18.

Semasa mesyuarat itu, beliau menekankan pentingnya terus berusaha dengan kerjasama serantau, memelihara aturan antarabangsa yang berdasarkan peraturan serta mengukuhkan IORA sebagai sebuah pertubuhan.

Dr Balakrishnan juga telah bertemu dengan Menteri Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan Lindiwe Nonceba Sisulu. Mereka mengesahkan lagi hubungan baik antara Singapura dengan Afrika Selatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg