Topik diikuti
Pergi ke BHkuVivian lawat Johor, rasmi bangunan baharu Konsulat-Jeneral S’pura
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah melawat Johor, Malaysia, pada 3 September untuk merasmikan pembukaan bangunan baharu Konsulat-Jeneral Republik Singapura di Johor Bahru.
Demikian dikongsi Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 3 September.
MFA berkata: “Bangunan baharu itu mencerminkan komitmen Singapura untuk memperkukuh kerjasama dan hubungan dengan Johor, serta meningkatkan keupayaan Konsulat-Jeneral bagi menyediakan perkhidmatan konsular kepada rakyat Singapura di Johor.”
Konsulat-Jeneral Singapura di Johor Bahru telah beroperasi dari premis baharunya di Mid Valley Southkey sejak 10 Disember 2025.
Ketika berada di Johor, Dr Balakrishnan, juga telah menghadiri Kejohanan Polo Super Crown Johor yang julung kali diadakan, atas jemputan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Beliau juga bertemu dengan Tunku Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Selain itu, Dr Balakrishnan, turut bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Iskandar, di padang polo dalam kawasan Istana Pasir Pelangi – tempat kejohanan itu berlangsung.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Vanu Gopala Menon, dan Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru, Encik Ng Kuan Khai, turut hadir.
Kedua-dua belah pihak mengesahkan semula hubungan rapat dan terjalin lama antara Singapura dengan Johor.
