Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian lawat Portugal, Denmark 3-9 Jan

Jan 3, 2024 | 5:58 PM
LAWATAN RASMI: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan membuat lawatan rasmi ke Portugal dari 3-6 Januari dan ke Denmark 6-9 Januari.
LAWATAN RASMI: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan membuat lawatan rasmi ke Portugal dari 3-6 Januari dan ke Denmark 6-9 Januari. - Foto fail

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan rasmi ke Portugal dari 3-6 Januari dan ke Denmark 6-9 Januari.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 3 Januari, lawatan Dr Balakrishnan ke Portugal akan membuka peluang untuk membina hubungan rapat budaya Singapura dan Portugal dan memperdalam kerjasama dalam bidang baru muncul termasuk pembangunan mampan, perubahan iklim dan bioteknologi.

Dr Balakrishnan juga akan menyampaikan ucaptama di Seminar Diplomatik Tahunan MFA Portugal di Lisbon pada 4 Januari.

Beliau juga akan mengadakan sidang media bersama dengan Menteri Ehwal Luar Portugal, Encik João Gomes Cravinho dan bertemu Datuk Bandar Lisbon, Encik Carlos Moedas.

Semasa lawatannya, beliau akan bertemu dan berinteraksi dengan pemimpin kanan perniagaan Portugal sebelum membuat lawatan ke Denmark.

Kenyataan itu menambah bahawa lawatan Dr Balakrishnan ke Denmark menggariskan hubungan ekonomi, maritim dan hubungan kukuh antara rakyat Singapura dan Denmark.

Di Copenhagen, Dr Balakrishnan dijadual bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Encik Troels Lund Poulsen; Menteri Luar Denmark, Encik Lars Løkke Rasmussen; Menteri Iklim, Tenaga dan Utiliti, Encik Lars Aagaard; Menteri Pendigitalan Cik Marie Bjerre, serta pemimpin kanan perniagaan Denmark.

Dr Balakrishnan, yang akan diiringi pegawai dari MFA, juga dijadual bertemu dengan rakyat Singapura di Portugal dan Denmark.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg