Topik diikuti
Pergi ke BHkuVivian: Menteri Luar Asean gesa Myanmar bantu pelarian Rohingya pulang
Vivian: Menteri Luar Asean gesa Myanmar bantu pelarian Rohingya pulang
Vivian: Menteri Luar Asean gesa Myanmar bantu pelarian Rohingya pulang
NASIB MALANG: Sekumpulan pelarian Rohingya berkumpul di belakang pagar berduri di sempadan Bangladesh-Myanmar. Menteri Luar Asean baru-baru ini melahirkan keprihatinan mendalam mengenai dakwaan tindakan keganasan yang berlaku ke atas kaum Rohingya. - Foto EPA -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 3, 2018 | 5:30 AM
PARA menteri luar Asean ingin melihat penghantaran balik pelarian Rohingya kembali ke Myanmar tidak lama lagi, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Mereka juga menggesa Myanmar supaya memberi suruhanjaya siasatan mandat penuh bagi menyiasat keganasan yang berlaku di Rakhine agar mereka yang bersalah dipertanggungjawabkan.