MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semalam mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean di Phnom Penh, Kemboja.

Menyatakan demikian dalam catatannya di Facebook semalam, Dr Balakrishnan berkata:

"Hasilnya memang baik di sebalik semua perjalanan ini, tapi akhirnya saya dijangkiti Covid-19.

"Mujur saya hanya alami gejala ringan hasil vaksinasi dan vaksinasi penggalak.

"Sampai masanya untuk saya berehat dan membaca di rumah!"

Beliau turut melahirkan permintaan peribadi agar sesiapa yang berhubungan dengannya sepanjang dua hari lalu agar menjalani ujian pantas antigen (ART).

"Saya mohon maaf kerana terpaksa membatalkan penglibatan saya untuk beberapa hari mendatang," katanya lagi.