Topik diikuti
Pergi ke BHkuVivian: S'pura, M'sia perlu patuhi Perjanjian Air 1962
Kedua-dua negara tidak boleh secara sepihak mengubah kandungan perjanjian, kata Menteri
Jul 10, 2018 | 5:30 AM
Vivian: S'pura, M'sia perlu patuhi Perjanjian Air 1962
SINGAPURA akan mematuhi keseluruhan perjanjian air yang dimeterai dengan Malaysia pada 1962, termasuk harga air yang telah dijanjikan, dan Malaysia juga harus melakukan yang sama, kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) berhubung hubungan dua hala dengan Malaysia, beliau berkata Perjanjian Air 1962 dijamin oleh kedua-dua Singapura dan Malaysia dalam Perjanjian Perpisahan 1965, yang didaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).