Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian: Tidak wajar guna agama tekan pesanan politik

Kedutaan Israel di S’pura diminta padam pos pesanan politik yang rujuk pada agama, pos tidak lagi dapat diakses
Mar 25, 2024 | 1:03 AM
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan semasa bercakap dengan media di Hotel Citadel David di Baitulmakdis pada 19 Mac.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan semasa bercakap dengan media di Hotel Citadel David di Baitulmakdis pada 19 Mac. - Foto ST

Satu pos di Facebook Kedutaan Israel di Singapura yang merujuk kepada agama telah dipadamkan selepas campur tangan pihak berkuasa di sini.

Pos tersebut, yang membandingkan rakyat Palestin dengan warga Israel diterbitkan pada 24 Mac.

Ia tidak boleh lagi diakses sekitar 1 tengah malam pada 25 Mac, berdasarkan pemeriksaan Berita Harian. 

Namun, imej tangkap layar pos itu telah disebar dalam kalangan netizen, yang sebahagiannya mempersoal sama ada pos itu bertujuan mengganggu keamanan antara kaum dan agama di Singapura. 

Pos itu menyatakan:

“Israel dinyatakan 43 kali dalam Al-Quran. Sebaliknya, Palestin tidak dinyatakan sekali pun. Setiap bukti arkeologi - peta, dokumen, wang syiling, menghubungkan tanah Israel dengan orang Yahudi sebagai orang asli di tanah itu.”

Mengulas mengenai perkara tersebut, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang dalam perjalanan pulang ke Singapura selepas melawat negara-negara Timur Tengah berkata:

“Adalah amat tidak wajar untuk merujuk kepada teks agama untuk menekankan pesanan politik. Kami telah menekankan perkara ini dengan jelas kepada Kedutaan Israel yang telah memadamkan pos itu.”

Dr Balakrishnan berada di Timur Tengah sejak 15 Mac, di mana beliau bertemu beberapa pemimpin negara-negara di sana, termasuk pemimpin Israel dan pemimpin Palestin.

Beliau juga telah melawat Amman, Jordan, untuk melihat persiapan Angkatan Udara Republik Singapura yang bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Jordan untuk menggugurkan bekalan bantuan kemanusian ke kawasan konflik Israel-Palestin di Gaza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg