BEBERAPA hospital setempat kini sedang merubah wad mereka untuk dijadikan sebagai unit penjagaan rapi (ICU), dan semua pekerja yang telah menerima latihan penjagaan rapi tetapi sedang bertugas melaksanakan peranan lain turut dikerah semula untuk menyokong dalam tugas ICU setelah dilatih semula.

Demikian didedahkan Pasukan Bertindak Pelbagai Kementerian sewaktu sidang media secara dalam talian pada Selasa (28 April) dan langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha pemerintah dalam memperluas keupayaan ICU sewaktu tempoh wabak Covid-19 ini, lapor TodayOnline.

Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong berkata, Singapura kini dalam proses mempertingkat keupayaan ICU-nya sedang jumlah kes jangkitan yang diuji positif semakin meningkat.

Sehingga Isnin, seramai 20 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan ICU.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti