Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wajar pandang serius pendidikan, namun usah dibelenggu tekanan: PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wajar pandang serius pendidikan, namun usah dibelenggu tekanan: PM Lee

Feb 03, 2024 | 08:13 PM



Generasi muda Singapura membesar dalam dunia yang tidak menentu dan kadangkala berbahaya.

Mereka perlu menyara diri sendiri dan bukan sahaja perlu bekerja keras malah bekerja dengan bijak dan memikirkan apa yang boleh mereka buat dan lakukan dengan lebih baik lagi.

Apa yang dipelajari di sekolah adalah apa yang membuatkan seseorang itu bersedia dan membantu dirinya menjaga diri dan bersama-sama mencapai yang terbaik secara bersama bagi Singapura.

Membuat pengamatan sedemikian semasa majlis penyampaian Anugerah Edusave Teck Ghee di Sekolah Rendah Teck Ghee pada 3 Februari, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Singapura mempunyai sistem pendidikan yang baik bahkan di puncak jaya dengan kedudukan sebagai salah satu sistem terbaik dunia.

Merujuk kepada hasil dapatan Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) yang membandingkan sistem pelbagai negara di peringkat antarabangsa, Encik Lee gembira Singapura mempunyai sistem yang amat baik, bahkan antara yang terbaik di dunia.

Ia sentiasa berada di puncak jaya dalam bidang bahasa, sains dan kemahiran sosial atas usaha gigih ibu bapa, guru dan pelajar.

Namun, beliau akur sistem pendidikan Singapura bukan sesuatu yang mudah kerana kerja keras diperlukan dan wujud tekanan.

“Ramai kanak-kanak rasakan tekanan dan ramai ibu bapa turut berasakannya. Apabila anda ada Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), kadangkala atau tidak, ibu bapa akan mengambil cuti untuk sama-sama menduduki peperiksaan itu bersama anak-anak mereka

“Bagaimanapun, saya fikir memandang perkara ini secara serius adalah baik tetapi terlampau banyak tekanan bukan sesuatu yang baik.

“Kita cuba mengimbangi sistem kita agar anda dapat menyederhanakan tekanan itu agar anda boleh bekerja keras tanpa terasa anda tidak mampu menahan tekanan tersebut lagi,” ujarnya.

Encik Lee memberi contoh perubahan dalam sistem sekolah rendah di mana murid Darjah 1 dan 2 tidak mempunyai peperiksaan di sekolah supaya murid boleh memberi tumpuan kepada pembelajaran dan mendapat masa menyesuaikan diri di alam persekolahan.

Sistem pemarkahan bagi pelajar Darjah 6 juga diubah tanpa T-Skor dan pengenalan Gred 1 hingga 9 manakala penstriman di peringkat sekolah rendah ditiadakan dengan pengenalan ‘banding’ menyeluruh berdasarkan subjek,

“Anda pergi ke sekolah menengah dengan setiap subjek bergantung kepada tahap dan kebolehan anda.

“Anda boleh mengambil setiap subjek di peringkat Normal Teknikal (NT), Normal Akademik (NA) atau peringkat ‘O’ dengan kelas bercampuran kebolehan di mana anda boleh berkawan merentasi kumpulan berbeza serta kebolehan dan minat yang berbeza.

“Jadi anda boleh bekerja mengikut rentak anda sendiri dan lakukan sebaik mungkin,” tambah Encik Lee.

Menurutnya lagi, kesihatan mental dan kesejahteraan minda turut diberi lebih penekanan dan tumpuan agar wujud ruang buat pelajar yang tertekan mendapatkan bantuan.

“Guru dan kaunselor anda akan membantu anda dan membimbing anda. Kami sentiasa mendapat maklum balas dan kami membuat penyesuaian. Kami meneruskan dengan cara yang mampan. Semua ini kami akan lakukan. Selebihnya terpulang kepada anda,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >