Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wajib pakai pelitup bila ke pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi

Apr 11, 2020 | 9:47 PM
LANGKAH PERLU: Mulai esok orang ramai perlu memakai pelitup bila ke pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi.
LANGKAH PERLU: Mulai esok orang ramai perlu memakai pelitup bila ke pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi. - THE STRAITS TIMES

MULAI esok, orang ramai yang mengunjungi pasar raya, kedai serbaneka, farmasi dan gedung beli-belah diwajibkan memakai pelitup atau dilarang masuk sekiranya gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Langkah terbaharu ini adalah untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan pelanggan serta pelanggan lain dan kakitangan yang bekerja di tempat-tempat itu, kata Enterprise Singapore (ESG) dan Lembaga Pelancongan Singapura dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan awal malam ini.

"Pihak gedung membeli-belah, pemilik hartanah dan pasar raya punya hak untuk melarang sesiapa yang tidak memakai pelitup bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang lain di tempat-tempat itu," kata mereka dalam kenyatannya.

Sejak beberapa hari lalu, pasar raya telah meletakkan papan tanda menggalak pengunjung mengenakan pelitup semasa berbelanja dalam kedai mereka.

Kerjasama semua pelanggan, serta pemilik, diperlukan," kata ESG dan STB lagi.

Mereka menambah, sejak langkah jarak selamat diperketat dilaksanakan pada 7 April lalu, kedai-kedai seperti pasar raya telah melaksanakan langkah-langkah ini, seperti mengadakan tanda tempat beratur, dan mengawal kemasukan pengunjung demi memastikan jumlah pelanggan di dalam kedai boleh dikawal.

ESG dan STB menasihatkan orang awam yang ingin ke pasar raya, kedai serbaneka dan farmasi, sekiranya boleh, agar melawat semasa hari biasa atau di luar waktu sibuk pada hujung minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg