Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wakaf Masyarakat Singapura anjur seminar rancang harta, wasiat pada 4 Feb

Jan 16, 2023 | 6:31 PM
Seminar itu menampilkan beberapa pakar profesional serta asatizah yang akan menyentuh tentang hal ehwal kewangan di Singapura dari sudut agama, undang-undang dan juga dari sudut praktikal dalam konteks Singapura. -
Seminar itu menampilkan beberapa pakar profesional serta asatizah yang akan menyentuh tentang hal ehwal kewangan di Singapura dari sudut agama, undang-undang dan juga dari sudut praktikal dalam konteks Singapura. - - FOTO: WMS

SATU seminar yang menyentuh tentang perancangan wasiat serta pengumpulan harta dan kekayaan bagi masyarakat Muslim di sini akan diadakan pada 4 Februari di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar.

Seminar bertajuk 'Rancangkan Akhirat, Manfaatkan Masyarakat', anjuran Wakaf Masyarakat Singapura akan berlangsung dari 11 pagi hingga 1 petang.

Ia akan menampilkan beberapa pakar profesional serta asatizah yang akan menyentuh tentang hal ehwal kewangan di Singapura dari sudut agama, undang-undang dan juga dari sudut praktikal, dihos selebriti dan pakar hartanah Cik Nona Kirana, Pengarah Divisyen ERA Realty Network.

Antara mereka ialah Ustazah Shameem Sultanah Abdul Gaffoor, pengasas IlmHub, dan penceramah motivasi Islamik yang akan menyampaikan perbincangan berkenaan perspektif pembinaan harta dan kekayaan dari segi Islam dengan tajuk "Tiada apa pun salah menjadi seorang Muslim kaya".

Topik lain pula membincangkan tentang perancangan harta buat masa depan, perancangan legasi atau wasiat, dan sama ada hukum Faraid mencukupi atau tidak dalam konteks Singapura, disampaikan Peguam dan Pengarah Urusan Deansgate Barakah Law Corporation Encik Ezra Bunyamin dan Pengarah (Pengurusan Kekayaan), Financial Alliance, Encik Sani Hamid.

Mereka yang berminat menyertai seminar ini boleh membuat pendaftaran di laman ini.

Program itu turut disokongi M Kuasa Tiga (M3), Berita Harian dan Muslim.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg