Wakaf Masyarakat S'pura terbit video kupas isu warisan harta
Wakaf Masyarakat S'pura terbit video kupas isu warisan harta
May 12, 2023 | 2:33 PM
Video berjudul 'Kerana Harta' terbitan Wakaf Masyarakat Singapura mengajak orang ramai membuat perancangan legasi dan harta untuk diri sendir dan orang yang tersayang. - Foto tangkap layar INSTAGRAM -
Sebuah video menyorot peri pentingnya perancangan legasi dan isu warisan harta dalam keluarga dalam konteks masyarakat Islam dikeluarkan oleh Wakaf Masyarakat Singapura.
Video berdurasi hampir lima minit itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perancangan harta dan membantu mereka yang menghadapi isu berkaitan warisan dalam keluarga.
Wakaf Masyarakat Singapura berusaha untuk masyarakat membuat persiapan awal dalam mengurangkan konflik dalam keluarga yang berkaitan dengan warisan harta. Ikuti video ini melalui https://www.instagram.com/reel/CsA3K0KsMfs/?igshid=NjZiM2M3MzIxNA==

