Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wakil dari Masjid Omar Kampong Melaka lawat Gereja Sacred Heart

Dec 21, 2023 | 5:33 PM
PUPUK HARMONI: Dua wakil daripada Masjid Omar Kampong Melaka, Ketua Dakhwah dan Pembangunan Sosial masjid, Ustaz Abdillah Amirnordin (kanan); dan pegawai masjid, Ustaz Muhammad Khairulanwar Shamsuri (kiri), melawat Gereja Sacred Heart di Tank Road, yang dihoskan Paderi Stephen Yim (tengah).
PUPUK HARMONI: Dua wakil daripada Masjid Omar Kampong Melaka, Ketua Dakhwah dan Pembangunan Sosial masjid, Ustaz Abdillah Amirnordin (kanan); dan pegawai masjid, Ustaz Muhammad Khairulanwar Shamsuri (kiri), melawat Gereja Sacred Heart di Tank Road, yang dihoskan Paderi Stephen Yim (tengah). - Foto FACEBOOK MASJID OMAR KAMPONG MELAKA

Dua wakil dari Masjid Omar Kampong Melaka telah melawat Gereja Sacred Heart, di Tank Road, yang terletak berhampiran masjid tersebut sempena sambutan Krismas.

Lawatan pada 20 Disember itu adalah sebahagian daripada usaha masjid tersebut mempereratkan hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memperkukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Masjid Omar Kampong Melaka, pihak masjid itu berkata:

“Lawatan ini mencerminkan nilai-nilai masjid untuk menjalin hubungan lebih erat dengan pertubuhan agama lain di sekitar kami.

“Lawatan kami dihoskan Paderi Stephen Yim yang memberi kami banyak pengetahuan dalam perjalanan pembelajaran yang singkat ini, dan kami berharap dapat bekerjasama dalam lebih banyak acara pada masa depan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg