Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wakil Palang Merah S’pura dikerah ke Mesir pergiat usaha hulur bantuan di Gaza

Oct 31, 2023 | 6:58 PM
BANTUAN KEMANUSIAAN: Wakil Palang Merah Singapura (SRC), Encik Sahari Ani, dikerah ke Kahirah untuk mengenal pasti keperluan segera dan kritikal di Gaza.
BANTUAN KEMANUSIAAN: Wakil Palang Merah Singapura (SRC), Encik Sahari Ani, dikerah ke Kahirah untuk mengenal pasti keperluan segera dan kritikal di Gaza. - Foto PALANG MERAH SINGAPURA

Palang Merah Singapura (SRC) telah mengerah kakitangannya ke Kahirah, Mesir, untuk mempergiat usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa krisis di Gaza.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, SRC berkata ia bekerjasama rapat dengan Persatuan Sabit Merah Mesir (ERC) yang menyelaras bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi sempadan Rafah.

SRC telah mengerah wakilnya, Encik Sahari Ani, minggu lalu, dan beliau ditugaskan mengenal pasti keperluan segera dan kritikal di Gaza, serta membantu dalam penghantaran bekalan ke kawasan itu dalam hari-hari akan datang.

Selain itu, SRC akan menghantar bekalan bantuan kemanusiaan bernilai AS$200,000 ($273,500) kepada mangsa krisis tersebut. Ini termasuk barangan seperti bekalan kit kebersihan, air bersih, makanan, barangan perubatan dan peralatan seperti kerusi roda.

Laporan lanjut di Muka 7

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg