Topik diikuti
Pergi ke BHkuWalau dua orang, tetap bersyukur dapat bertemu orang tua tersayang
Mungkin agak sukar bagi keluarga besar tetapi ramai buat penyesuaian - bergilir-gilir jumpa ibu bapa, datuk dan nenek
Tempoh pemutus rantaian jangkitan koronavirus di Singapura berakhir esok, dengan ekonomi negara dibuka semula dalam tiga fasa. Sedang negara ini langkah masuk ke fasa pembukaan semula selamat lusa, orang ramai akan menyaksikan lebih banyak tempat kerja, sekolah dan tempat ibadah dibuka semula. BERITA MINGGU menyorot beberapa sekatan yang dilonggarkan pada fasa pertama ini di Muka 5, 6 dan 7.
BIARPUN meluahkan keprihatinan bahawa had yang ditetapkan ke atas jumlah orang yang mengunjungi ibu bapa mereka agak ketat dan boleh mendatangkan kesukaran kepada keluarga lebih besar, anak-anak tetap bersyukur dapat sekurang-kurangnya bertemu orang tua mereka setelah sekian lama tidak bersua muka.
