TIDAK seperti tahun-tahun lalu di mana sorakan ribuan penonton bergema menghidupkan suasana petang hingga malam, Perbarisan Hari Kebangsaan yang diadakan pada sebelah pagi tahun ini membawa banyak 'kali pertama'.

Selain jumlah penonton yang telah dikurangkan ke 150, kontinjen yang berarak dikecilkan kepada empat berbanding jumlah sebelum ini iaitu 38.