Wang kertas baru $20 dilancar sempena peringati 200 tahun S'pura
Premium
Wang kertas baru $20 dilancar sempena peringati 200 tahun S'pura
Jun 7, 2019 | 5:30 AM
CIRI ISTIMEWA: Wang kertas $20 baru yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) itu menggambarkan perjalanan Singapura mencapai kenegaraan. - Foto MAS -
WANG kertas $20 baru yang memaparkan perintis Singapura termasuk pemimpin rejimen askar Melayu, Leftenan Adnan Saidi, serta bapa kesusasteraan Melayu moden, Munshi Abdullah, dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob kelmarin.
Beliau melancarkan wang kertas itu bagi memperingati 200 tahun Singapura, atau Bicentennial Singapura, semasa menghadiri rumah terbuka Istana sempena Hari Raya Puasa, lapor akhbar The Straits Times.

