Topik diikuti
Pergi ke BHkuWanita 18 tahun cedera selepas teksi yang dinaiki dilanggar kereta
Foto FACEBOOK/SG ROAD VIGILANTE
Nov 10, 2018 | 5:32 PM
Wanita 18 tahun cedera selepas teksi yang dinaiki dilanggar kereta
SEORANG wanita berusia 18 tahun dibawa ke hospital selepas teksi yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah kereta awal pagi tadi (10 November).
Menurut polis, mereka dimaklumkan tentang nahas di simpang Nicoll Highway dan Mountbatten Road itu pada 3.18 pagi.
Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar.
Satu video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan sebuah kereta hitam melanggar pintu bahagian belakang kanan teksi tersebut.
Difahamkan, wanita itu mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kedua-dua teksi dan kereta tidak cedera dalam kejadian itu.
Siasatan polis sedang dijalankan.