SELEPAS mendapat tahu bahawa dia akan diceraikan, seorang wanita sengaja menyebabkan kebakaran di rumah mereka yang terletak di Bedok North, hingga mengakibatkan kerosakan lebih dari $17,000.

Kebakaran tersebut tercetus selepas Malisah Mohammad Said, 31 tahun sengaja membuang puntung rokok yang masih menyala di atas katil.

Kejadian yang berlaku pada 15 Julai tahun lalu turut memaksa penduduk dari 20 unit blok tersebut dipindahkan ke tempat selamat. Tiada kecederaan yang dilaporkan dari kebakaran itu.

Malisah telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan nakal di mahkamah hari ini (6 Ogos).