Wanita 39 tahun diberkas bunuh lelaki berusia 51 tahun di AMK
Wanita 39 tahun diberkas bunuh lelaki berusia 51 tahun di AMK
Jul 16, 2021 | 5:30 AM
KESAN DARAH: Seorang pekerja membersihkan kesan darah sepanjang koridor di Blok 562 Ang Mo Kio. - Foto ZAOBAO -
SEORANG lelaki berusia 51 tahun terbunuh dan seorang wanita berusia 39 tahun ditangkap ekoran satu pertelingkahan di koridor flat HDB di Ang Mo Kio Avenue 3 semalam.
Siasatan awal menunjukkan pasangan itu mengenali satu sama lain, kata polis.
Polis berkata pegawainya mendapati pasangan itu mengalami beberapa kecederaan setibanya di tempat kejadian.
Mereka dibawa ke hospital, tetapi lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaannya.
Wanita itu sedang dirawat di hospital dan akan dituduh membunuh di mahkamah hari ini, kata polis.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman mati.

