SEORANG wanita berusia 45 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk rumah.
Dalam kenyataannya lewat malam tadi, polis menyatakan kira-kira 10 malam 13 April lalu, ia mendapat laporan tentang dua unit rumah di Bukit Merah Central telah dipecah masuk. Wang tunai berjumlah $108 dilaporkan hilang.
Hasil siasatan di lapangan dengan dibantu gambar dari kamera polis, anggota polis dari Divisyen Polis Clementi telah berupaya mengenalpasti identiti wanita tersebut dan memberkasnya kelmarin.
Siasatan sedang dijalankan.
Jika disabit kesalahan, wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Polis menasihatkan pemilik dan penghuni kediaman untuk mengamalkan langkah-langkah cegah jenayah.
Antara langkah yang boleh dilakukan ialah, memastikan semua pintu, tingkap, dan ruang lain yang terbuka ditutup ramai apabila penghuni keluar dari rumah atau tempat kediaman, walaupun untuk jangka masa pendek.
Elak daripada menyimpan sejumlah besar wang tunai di mana-mana tempat dalam rumah atau kediaman.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg