Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita 84 tahun pesakit Covid-19 ke-12 meninggal dunia; 967 daripada 1,016 kes baru pekerja asing di dormitori: MOH

Apr 22, 2020 | 11:55 PM
3f709365-f7b0-433d-9d81-05a6e5a3537a
- AFP

SEORANG wanita warga Singapura berusia 84 tahun telah meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH), pada hari yang sama bilangan kes di Singapura melonjak melebihi 10,000.

Beliau yang meninggal dunia pada Selasa (21 April) disahkan dijangkiti virus itu pada 2 April.

Jumlah pekerja asing yang tinggal di dormitori yang positif Covid-19 kekal tinggi. Sejumlah 967 daripada 1,016 kes baru yang diumumkan MOH pada Rabu (22 April) melibatkan pesakit sedemikian.

Lagi 15 kes baru pula adalah warga Singapura dan penduduk tetap.

Baki 32 kes melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di dormitori. Tiada kes diimport diumumkan.

MOH juga mengumumkan lapan kelompok baru, dengan kelompok aktif di dormitori S11 di Punggol kekal sebagai yang terbesar, dengan 2,211 kes.

Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Singapura 10,141, termasuk 12 yang telah meninggal dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg