Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita 92 tahun korban pertama jangkitan Omicron di S'pura

Jan 22, 2022 | 3:55 PM
Wanita 92 tahun tidak bervaksin yang meninggal dunia tidak mempunyai sejarah perubatan yang diketahui dan menjangkiti virus berkenaan daripada seorang anggota keluarga.
Wanita 92 tahun tidak bervaksin yang meninggal dunia tidak mempunyai sejarah perubatan yang diketahui dan menjangkiti virus berkenaan daripada seorang anggota keluarga. - ST FILE

Seorang wanita berusia 92 tahun yang tidak divaksin telah mati akibat komplikasi berkaitan dengan varian Omicron Covid-19, iaitu kematian berkaitan Omicron yang pertama di Singapura.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), wanita itu tidak mempunyai sejarah perubatan yang diketahui dan menjangkiti virus berkenaan daripada seorang anggota keluarga.

Beliau meninggal dunia 10 hari kemudian pada Khamis lalu, tambah MOH.

Setelah menjalankan siasatan, para doktor merumuskan yang kematian itu disebabkan oleh jangkitan Covid-19 akibat varian Omicron, jelas MOH.

MOH dalam kenyataannya itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayang beliau.

"MOH dan pekerja penjagaan kesihatan kami akan terus melakukan apa yang termampu untuk menjaga semua pesakit kami," tambah MOH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg