Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita 'berdaulat' salah dikenal pasti sebagai CEO di media sosial

May 6, 2020 | 4:13 PM
Paramjeet Kaur didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar undang-undang jarak selamat dan mengganggu ketenteraman awam. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK SARAH LEONG
Paramjeet Kaur didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar undang-undang jarak selamat dan mengganggu ketenteraman awam. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK SARAH LEONG -

IDENTITI seorang wanita yang menjadi tumpuan selepas menganggap dirinya 'berdaulat' apabila enggan memakai pelitup di tempat awam didedahkan oleh pengguna media sosial sejak pagi semalam (5 Mei).

Nama, gambar dan butiran peribadinya didedah di media sosial, sehingga menimbulkan komen berbaur perkauman terhadap wanita itu.

Namun, dalam mengenal pasti wanita itu sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat teknologi, tindakan 'doxxing' - atau menerbitkan maklumat peribadi seseorang lain dalam talian dengan tujuan untuk mengganggu orang itu - terkena kepada pihak yang tidak bersalah dan tidak terlibat dalam kejadian di Shunfu Mart itu Ahad lalu.

Semalam, seorang wanita berbeza, Paramjeet Kaur, 40 tahun, yang merupakan seorang ahli fisioterapi didakwa di mahkamah dengan tuduhan melanggar peraturan jarak selamat dan mengganggu ketenteraman awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg