Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita cedera dalam kejadian tikam di Queenstown

Oct 12, 2018 | 1:51 PM
KEJADIAN TIKAM: Darah dapat dilihat di tembok di kolong blok 146 Mei Ling Street menyusuli satu kejadian tikam di sana pada 11 Oktober 2018.
KEJADIAN TIKAM: Darah dapat dilihat di tembok di kolong blok 146 Mei Ling Street menyusuli satu kejadian tikam di sana pada 11 Oktober 2018. - Foto LIM YAOHUI

SEORANG wanita ditikam di kolong blok sebuah flat HDB di Queenstown malam tadi (11 Oktober).

Akibat kejadian di 146 Mei Ling Street itu, wanita tersebut dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), dengan beberapa luka.

Ekoran kejadian itu, seorang lelaki berusia 29 tahun juga telah ditangkap polis sekitar 9 pagi tadi.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar 10.50 malam tadi.

Lelaki itu dijangka didakwa di mahkamah esok dengan tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara seumur hidup. Dia juga boleh dipenjara sehingga 15 tahun, didenda dan disebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg