SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wanita didakwa langgar arahan tutup kedai, beri khidmat urut dan seks

Wanita didakwa langgar arahan tutup kedai, beri khidmat urut dan seks

Apr 30, 2020 | 5:30 AM

Wanita didakwa langgar arahan tutup kedai, beri khidmat urut dan seks

JIN YIN: Dia juga menghadapi dua lagi dakwaan di bawah Akta Pertubuhan Urut kerana memberi perkhidmatan urut di kedainya tanpa lesen dan mengiklankan perkhidmatan urut tersebut. - Foto ZAOBAO
JIN YIN: Dia juga menghadapi dua lagi dakwaan di bawah Akta Pertubuhan Urut kerana memberi perkhidmatan urut di kedainya tanpa lesen dan mengiklankan perkhidmatan urut tersebut. - Foto ZAOBAO -

KEDAI kecantikan dan perniagaan serupa telah diarah tutup sebagai langkah pencegahan Covid-19, tetapi ini tidak menghalang seorang wanita daripada memberikan khidmat urut dan seksual.

Tertuduh ialah Jin Yin, 55 tahun, telah ditangkap melakukan perbuatan itu pada 10 April bersama kliennya, Chan Fun Hwee, 67 tahun.

Jin, seorang warga Singapura, antara tiga lagi pesalah yang didakwa di mahkamah semalam kerana melanggar arahan kawalan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

Dia juga menghadapi dua lagi dakwaan di bawah Akta Pertubuhan Urut kerana memberi perkhidmatan urut di kedainya tanpa lesen dan mengiklankan perkhidmatan urut tersebut.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Jin ditangkap memberi perkhidmatan itu antara 1 petang dengan 2.30 petang di In-Style Beauty Salon di Upper Cross Street.

Tidak pula dinyatakan sama ada pelanggannya didakwa.

Kedai kecantikan antara perniagaan yang tidak penting yang diarah tutup dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan yang bermula 7 April lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg