Wanita dijel 18 bulan kerana buang bayinya di saluran sampah
Wanita dijel 18 bulan kerana buang bayinya di saluran sampah
Aug 18, 2020 | 9:29 PM
Wanita dijel 18 bulan kerana buang bayinya di saluran sampah
Bayi itu ditemui lebih dua jam kemudian oleh dua pekerja pembersihan majlis bandaran yang bekerja di blok berkenaan. - Foto Fail ST
SEORANG wanita, yang mengaku bersalah membuang anaknya yang baru lahir ke dalam saluran sampah dengan niat membunuhnya, dihukum penjara 18 bulan pada Selasa (18 Ogos). Mahkamah diberitahu bahawa wanita Singapura berusia 27 tahun itu melahirkan bayinya di tandas flatnya pada 7 Januari, sebelum meletakkan bayi itu dalam beg plastik.
Dia kemudian membuang bayi tersebut ke dalam saluran sampah dari tingkat tiga sebuah blok HDB di Bedok North. Kejadian tersebut berlaku sekitar 6.15 pagi.
“
Ibu itu, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti bayi tersebut, mendakwa bahawa sebelum melahirkan, dia tidak tahu yang dirinya hamil. Bayi itu ditemui lebih dua jam kemudian oleh dua pekerja pembersihan majlis bandaran yang bekerja di blok berkenaan. Bayi tersebut mengalami kecederaan ringan dan kini berada dalam jagaan titipan. Dokumen mahkamah tidak menyebut tentang bapa bayi itu.
