Topic followed successfully
Go to BHkuWanita dijel 3 minggu sebabkan kelecuran tahap pertama pada bekas teman lelaki yang merupakan pesakit kencing manis
Wanita dijel 3 minggu sebabkan kelecuran tahap pertama pada bekas teman lelaki yang merupakan pesakit kencing manis
Wanita dijel 3 minggu sebabkan kelecuran tahap pertama pada bekas teman lelaki yang merupakan pesakit kencing manis
Seorang operator pusat panggilan menyimbar air panas pada dada bekas teman lelakinya yang merupakan pesakit kencing manis, menyebabkan kelecuran tahap pertama selepas mangsa berkata yang tertuduh tidak dapat menjaga anaknya.
Mahkamah diberitahu bahawa lelaki berusia 31 tahun itu menghidap kencing manis Jenis-1 dan keadaannya membuatnya terdedah kepada kecederaan kelecuran yang serius dan parut sekiranya disimbar air panas.
Dia kemudian ke klinik dan doktor mendapati bahawa kencing manisnya tidak menjejas tahap kecederaannya.
Si pelaku, Shazila Akbar Bacha, 25 tahun mengaku bersalah hari ini (29 Ogos) kepada dakwaan serangan dan dihukum penjara tiga minggu.
Tuduhan serangan kedua diambil pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.
Pada 18 Julai tahun lalu, Shazila sedang menuju ke flat seorang temannya di Marsiling apabila dia terserempak bekas teman lelakinya di luar unit tersebut.
Pasangan itu kemudian bergaduh di tangga berdekatan dan Shazila menyepak pipi kiri lelaki itu.
Pasangan itu kemudian memasuki flat teman mereka itu dan kededuanya bertengkar lagi.
Timbalan Pandakwaraya, Encik Chong Kee En, berkata:
"Tertuduh berasa sedih apabila mangsa membuat beberapa komen yang dia tidak dapat menjaga anak lelakinya.
"Tertuduh kemudian ke dapur unit tersebut dan mengisi suku cawan plastik oren dengan air panas yang diambil daripada dispenser air.
"Dia kemudian mengambil cawan berisi air panas itu, masuk semula ke ruang tamu, dan mencabar mangsa mengulangi kenyataannya yang dia tidak dapat menjaga anak lelakinya."
Bekas teman lelakinya itu mengulangi kenyataannya dan tertuduh kemudian menyimbar air panas ke dadanya.
Beliau kemudian menghubungi polis sebelum ke klinik untuk rawatan keesokan harinya.
Lelaki itu kemudian diberi cuti sakit selama tiga hari, mahkamah diberitahu.
Atas tuduhan serangan, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $5,000.

