Wanita dijel 8 bulan dek pindah wang jenayah kekasih 'online'
Premium
Wanita dijel 8 bulan dek pindah wang jenayah kekasih 'online'
Jul 12, 2018 | 5:30 AM
HUKUMAN PENJARA: Rahmeswati Semass, 48 tahun, dikenakan hukuman penjara lapan bulan selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berurusan dengan hasil kegiatan jenayah. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW -
SEORANG pegawai perkhidmatan pelanggan telah berulang kali diberitahu polis bahawa wang yang dipindahkan ke akaun banknya adalah hasil perilaku jenayah dan dia sepatutnya berhenti menerimanya.
Tetapi Rahmeswati Semass ingkar dan terus menjadi 'keldai' bagi kekasih dalam taliannya, yang belum pernah ditemui secara peribadi.

