Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita dijel rakam video tunang di Kompleks Cantonment Polis

Nov 8, 2023 | 8:53 PM
RAKAMAN TERLARANG: Video menunjukkan Mohd Heirizal Kamarzaman berjalan dengan gaya samseng dan membuat tanda lucah dengan tangannya.
RAKAMAN TERLARANG: Video menunjukkan Mohd Heirizal Kamarzaman berjalan dengan gaya samseng dan membuat tanda lucah dengan tangannya. - Foto SPF

Seorang wanita dipenjara seminggu selepas mengaku bersalah merakam beberapa video di dalam tempat dilindungi.

Dalam dua kejadian berasingan, Siti Zulaika A. Rahman, 33 tahun, didapati tidak mengindahkan tanda peraturan dan membuat beberapa rakaman video tunangnya secara haram semasa dia hadir bersama tunangnya di Kompleks Cantonment Polis (PCC) berkaitan ikat jaminnya.

Kompleks itu ditetapkan sebagai sebuah kawasan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Prasarana.

Siti Zulaika membuat rakaman salah satu video itu di bangunan tersebut pada 13 Julai, yang menunjukkan tunangnya, Mohd Heirizal Kamarzaman, berjalan dengan gaya samseng dan membuat tanda lucah dengan tangannya.

Mohd Heirizal kemudian memuat naik video itu ke akaun TikTok dia, dengan lagu latar berjudul ‘I’m a Gangsta’, atau ‘Saya seorang samseng’.

Siti Zulaika merakam satu lagi video pada 1 Ogos dan tunangnya memuat naik video kedua itu ke TikTok dengan lagu latar penuhi kata-kata kesat yang mengkritik polis.

Siti mengaku bersalah pada Rabu bagi satu kesalahan di bawah Akta itu.

Kes melibatkan Heirizal, 41 tahun, yang dikenakan dakwaan bagi pelbagai kesalahan, termasuk melakukan serangan ke atas Siti Zulaika pada Jun, akan ditangani kelak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg