SEORANG wanita yang merupakan pengendali pusat panggilan, menyimbah air panas ke dada bekas teman lelakinya yang menghidapi kencing manis, menyebabkan beliau melecur.
Ini selepas beliau memberitahu bekas temanitanya beliau tidak dapat menjaga anaknya.
Mahkamah mendengar bahawa lelaki berusia 31 tahun itu menghidap kencing manis Jenis-1 dan keadaannya menyebabkan beliau terdedah kepada kecederaan melecur yang serius dan parut jika disimbah dengan air panas.
Beliau kemudian pergi ke klinik dan doktor mendapati kencing manisnya tidak menjejaskan tahap kecederaan.
Penyerangnya, Cik Shazila Akbar Bacha, 25 tahun, mengaku bersalah semalam atas tuduhan menyerang dan dijatuhi hukuman penjara tiga minggu. Tuduhan serangan kedua telah dipertimbangkan semasa hukuman.
Pada 18 Julai tahun lalu, Cik Shazila sedang dalam perjalanan ke flat rakannya di Marsiling apabila dia terserempak dengan bekas teman lelakinya di luar unit.
Pasangan itu kemudian bergaduh dan Cik Shazila menampar pipi kirinya.
Pasangan itu kemudiannya memasuki flat rakan mereka di mana mereka bertengkar lagi.
Timbalan Pendakwa Raya Chong Kee En berkata: "Tertuduh juga kecewa kerana mangsa telah membuat beberapa komen bahawa beliau tidak dapat menjaga anaknya. Tertuduh terus ke dapur unit dan mengisi cawan plastik oren seperempat penuh dengan air panas dari dispenser.
"Dia mengambil cawan berisi air panas, masuk ke ruang tamu, dan membuat mangsa mengulangi kenyataannya tentang beliau yang tidak dapat menjaga anaknya."
Bekas teman lelakinya mengulangi kenyataannya dan Cik Shaliza menyimbah air panas ke dada lelaki itu.
Bekas teman lelakinya memaklumkan kepada pihak polis sebelum pergi ke klinik keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan.
Pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga $5,000.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg