Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita ditahan polis disyaki guna kad kredit dijumpai

May 27, 2020 | 12:15 PM
DITAHAN POLIS: Seorang wanita berusia 24 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam menggunakan kad kredit yang dijumpai untuk melakukan transaksi tanpa kebenaran.
DITAHAN POLIS: Seorang wanita berusia 24 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam menggunakan kad kredit yang dijumpai untuk melakukan transaksi tanpa kebenaran. - - Foto: FAIL

POLIS telah menahan seorang wanita berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam menggunakan kad kredit yang dijumpai untuk melakukan transaksi tanpa kebenaran.

Dalam kenyataannya malam semalam, polis berkata pada 3 Mei lalu ia menerima laporan dari seorang mangsa yang mendapati beberapa pembelian tanpa izin telah dilakukan ke atas kad kreditnya yang hilang.

Melalui siasatan, pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Komersial mengenalpasti identiti wanita itu dan menangkapnya semalam.

Siasatan awal menunjukkan wanita itu dipercayai menyalahgunakan kad kredit mangsa dan menggunakannya untuk membuat transaksi tanpa kebenaran bagi pembelian berjumlah lebih dari $960.

Sebuah telefon bimbit, kad hadiah dan kad nilai tersimpan EZ-Link, yang dipercayai telah dibeli menggunakan kad kredit mangsa, dirampas sebagai bahan bukti kes.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Kesalahan menipu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, dan denda.

Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan kad kredit / debit orang lain tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan yang serius.

Polis ingin menasihati semua pemegang kad kredit / debit untuk menghubungi bank pengeluar kad tersebut dengan segera sekiranya kad kredit / debit mereka hilang atau dicuri, dan untuk mematuhi langkah-langkah berikut untuk mengelakkan penggunaan kad mereka secara tidak sah:

- Pilih pemberitahuan SMS yang akan dikirimkan ke telefon bimbit anda bagai apa juga transaksi berlaku pada kad kredit / debit anda; dan

- Periksa penyata bank dan segera maklumkan bank sekiranya ada percanggahan atau caj penipuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg