Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita ditangkap disyaki bunuh bapa di Sengkang

Nov 5, 2022 | 5:30 AM
KECEDERAAN PADA TUBUH: Pegawai polis mendapati seorang lelaki berusia 67 tahun terbaring kaku dengan beberapa kecederaan di dalam flat itu. - Foto BH oleh MARK CHEONG
KECEDERAAN PADA TUBUH: Pegawai polis mendapati seorang lelaki berusia 67 tahun terbaring kaku dengan beberapa kecederaan di dalam flat itu. - Foto BH oleh MARK CHEONG -

POLIS menangkap seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan bapanya di Blok 190A Rivervale Drive di Sengkang.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan bagi bantuan sekitar 5.30 pagi semalam.

"Sejurus tiba, pegawai mendapati seorang lelaki berusia 67 tahun terbaring kaku dengan beberapa kecederaan di dalam flat itu," kata polis dalam kenyataannya.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik SCDF, manakala polis pula menangkap wanita berkenaan di flat tersebut.

Apabila akhbar The Straits Times tiba di lokasi kejadian sekitar 9 pagi, lima kenderaan polis termasuk tiga kereta dan sebuah van forensik, diletakkan di pekarangan blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu.

Tiga pegawai polis kemudian dilihat menggeledah pelongsor sampah di kolong blok itu dengan bantuan tiga pekerja pembersihan.

Seorang penduduk berusia 60-an tahun pula berkata beliau sedang berjalan di situ apabila terlihat pegawai polis tiba sekitar 6.45 pagi.

"Sudah tiga jam berlalu dan polis masih menggeledah pelongsor sampah itu," katanya.

Sebuah flat di tingkat 15 di blok itu dikepung polis, dengan beberapa pegawai polis kelihatan berbual dengan beberapa jiran mangsa dan tertuduh.

Dua jiran bersebelahan mereka yang telah menetap di situ 23 tahun, Cik Lalitha Sivalingam dan Cik Vathembal Kandasamy, berkata isteri mangsa baru meninggal dunia disebabkan barah dua bulan lalu manakala mangsa pula mengalami strok sejak 10 tahun lalu.

"Mereka adalah jiran pendiam yang jarang dikunjungi ramai," kata Cik Lalitha.

Wanita itu dijadualkan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan membunuh, yang membawa hukuman gantung.

Siasatan polis masih terus dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg