Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita dituduh dera pembantu Myanmar hingga pekak

Feb 27, 2021 | 5:30 AM
a69c7f9b-8903-48ab-936c-17bde4bd33cd
-

SEORANG wanita berusia 51 tahun didapati bersalah atas dua tuduhan mendera pembantu rumahnya, dalam serangan yang menyebabkan warga Myanmar itu mengalami lebam dan kehilangan pendengaran di telinga kirinya.

Kedua-dua kejadian berlaku pada 2017 di rumah Gayathri Iyer di kondominium Pebble Bay di Jalan Tanjong Rhu.

Hakim Daerah Tan Jen Tse mendapati warga Singapura itu bersalah selepas satu perbicaraan.

Namun, Hakim Tan membebaskan wanita itu daripada dua tuduhan lain melibatkan penderaan kerana Hakim mendapati bukti pembantu rumah dalam kejadian itu tidak "meyakinkan".

Gayathri diwakili peguam Amarjit Singh Sidhu dan dibebaskan dengan ikat jamin $15,000.

Dia akan dijatuhkan hukuman pada 17 Mac.

Bagi setiap tuduhan mendera pembantu rumah, pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun dan denda hingga $7,500.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg